Interflour Malaysia
Resipi
Resipi > Sabah Flour & Feed Mills > Biskut > Biskut Macadamia
Biskut Macadamia
Bahan :
Tepung gandum Green Horse (Tepung serbaguna) 540 gram
Soda Bikarbonat 1 sudu teh
Mentega tanpa garam 360 gram
Gula perang halus 180 gram
Madu 6 sudu besar
Kelapa kering 165 gram
Kacang macadamia (cincang) 75 gram
Gula perang kasar 25 gram
Cip coklat putih 50 gram
Cara-Cara :
- Ayak bersama tepung dan soda bikarbonat.
- Pukul mentega dan gula, kemudian masukkan madu dan pukul sehingga lembut dan sebati.
- Masukkan kelapa kering, cip coklat putih dan kacang macadamia yang telah dicincang ke dalam adunan tepung tadi. Campurkan sehingga sebati dan menjadi doh.
- Bulatkan doh menjadi beberapa doh kecil dan leperkan.
- Lekapkan dan taburkan gula perang halus di atas doh dan susun di atas dulang pembakar.
- Bakar pada suhu 180°C selama 8 hingga 10 minit sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.